Lepas dari itu, aku terus menjadikan Samsons ini sebagai Band dari Indonesia yang aku paling minat. Banyak lagu lagu mereka yang buat bisa aku terbuai ,antaranya adalah Luluh, Bukan Diriku, Hening, Akhir rasa ini dan banyak lagi. Boleh katakan aku nie buat marketing percuma untuk Samsons kat Malaysia ni. Konsert jangan cakapla. Memang aku akan pergi. Tapi biasa la, waktu itu nama Samsons ni tak la sekuat mana pun. Jadi tak banyak konsert atau showcase yang mereka buat. Paling best aku ingat waktu aku dapat 2 pass VIP showcase Samsons di KL. So apa lagi la, cari kawab minta teman. Aku ajak Boy Adik linda ikut.
Biasa lah waktu bercinta, lagu lagu yang kita dengar banyak mempegaruhi kisah percintaan yang kita lalui. Sebagai contoh lagu Kisah Tak Sempurna. Lagu ni aku tak boleh nak dengar waktu tu sebab waktu lagu itu keluar ke udara, aku baru putus cinta. Kalau dengar juga, pasti akan buat aku menangis. Tapi sekarang dah tak lagi. Aku boleh dengar walaupun secebis kenangan itu pasti hinggap dikepala otak aku ni.
Sedihkan lagu nie. Tapi lama kelamaan aku jadi lupa tentang semua itu termasuk Kumpulan Samsons itu sendiri. Mungkin kerana banyak Band band dari Indonesia yang muncul bagai cendawan. Lagu lagu mereka juga hebat hebat. Perlahan lahan Samsons dan kenangan aku hilang.
Tapi sekarang kenangan tu muncul kembali setelah 4 tahun berlalu.Orang yang sudah bergelah MANTAN inginkan aku kembali. Memujuk aku dengan lagu Samsons, Masih Mencintainya. Katanya lagu itu dia berikan buat pasangannya dan dia mahu aku tahu itu. Dan aku........ Cuma terkedu... DAMMM!!!..