Saturday, April 13, 2013

Edel

18 haribulan, genaplah 2 bulan usia perkenalan kami. Macam macam dah aku rasa. Pahit, manis, masam, manis, semuanya. Malam ni kami menangis lagi. Menangis atas kesilapan masing masing. Pada dia, aku salah. Pada aku, dia salah. Ntah la.

"Edel! Aku sayang kat kau. Kau tahu tak? Aku tak marah Del kalau kau nak jumpa dia. Nak jumpa anak korang. Aku tak marah Del. Sebab aku tahu hubungan korang panjang sebelum ni. 5 tahun kan? Aku tak de pengalaman sepanjang itu. Aku tak marah juga Del kalau dia telepon kau. Depan atau belakang aku. Aku tak marah Del. sebab aku tahu hubungan korang panjang sebelum ini. Si Endon yang selalu kau sebut sebut tu, tak pernah nak call aku pun Del. Untung kau Del, sebab dia masih tercari cari dan mengharap agar kau kembali. Aku Del? Aku macam mana Edel?"

"Ya Del, sumpah! Aku tak marah pun.... Cuma, hati aku remuk Del. remuk bila kau mula bicara tentang kenangan kau dan dia. Cerita tentang pengalaman 5 tahun kau tu Del. Cerita macam mana kau masak untuk dia. Cerita macam mana dia sara kau dari zaman sekolah. Cerita tentang makan Maggie bila korang tak de duit sebab nak beli susu anak. Hati aku terus remuk bila kau cakap kau menangis tengok dia kurus. Hidup dia tak terurus. Kau mengaku kau rindu dia Del. kau mengaku takde orang boleh ganti dia."

"Edel. Aku tahu dan aku rasa aku faham dengan kata kata kau. Kau masih cintakan dia seperti dia yang masih cintakan kau Del. Tapi, aku macam mana? Hati aku macam mana? Apakah benar ada aku dalam hati kau? Aku dan dia tak sama Del. Aku tak pernah rasa masakan kau. Tak macam dia. 5 tahun. Tapi tak pe lah. Aku tak pernah rasa bila balik kerja, makanan dah tersedia untuk aku Del. Aku cemburu Del. Macam mana la agaknya kau layan dia Del."

"Maafkan aku sebab tulis macam ni. Aku tak tahu nak luah kat siapa dan macam mana. Aku tak nak kau salah tafsiran. Edel, aku tersangat sayang kat kau. Aku dah cuba sebaik mungkin nak jadi seperti yang kau mahu Del tapi aku masih tetap tak berjaya. Jadi sekarang aku merayu. Pimpinlah tangan aku. Ajari aku. Untuk terus mencintaimu."

Monday, January 14, 2013

Rindu

Memang sah aku angau. Satu hari ni aku tahan diri aku dari sms dia. Memang susah. Mcm rasa nak call je sekarang. Rindunya aku rasa. Arghhhh!!!!!

Saturday, January 12, 2013

Jatuh lagi

Haish... susah betul. Kenapa dengan aku nie. Mana pegi hati yang keras sebelum ni? Semuanya hancur seperti ketulan ais yang dipahat.

Sekarang satu kepala otak aku asyik kat dia je. Aku rasa aku dah jatuh cinta. Tadi masa breakfast, aku rasa macam nak bagitau tapi aku rasa macam takut. Takut kalau aku tak diterima dan dia menjauhkan diri setelah tahu akan perasaan aku. Macam mana aku nak bagitau dia ni? Bagitau ke tak?

Kalau dia tanya kenapa aku pilih dia, aku nak jawab apa? Bukan soal rupa. Ini soal hati.  Jujur aku tenang bila dengan dia. Aku suka tengok dia gelak. Menghiburkan. Aku suka bila dia bercakap. Tuturannya teratur. Aku tahu hati aku dah jatuh kat dia. Yang aku tahu kalau boleh, aku nak jumpa dia hari hari. Nak habiskan banyak masa dengan dia. Tapi.... ada ke masa dia untuk aku dan yang paling penting..... dia suka ke kat aku??  Gulp!

Friday, January 11, 2013

Bukak katop

Bukak katop.. pastu bukak balik... katop lagi...

Sejak aku balik sampai la ke malam ini aku tetap ada masalah nak lelapkan mata. Sleeping disorder.  Itu la yang aku alami sekarang. Semalam aku tidur pukul 6 pagi tapi pukul 10 pagi aku jaga balik. Lepas tu sampai sekarang 230 pagi aku tak tido lagi. Kenapa la hai mata.

Kalau tak silap waktu aku on the way nak jumpa ehem ehem, aku rasa mengantuk sangat. Waktu tu dalam pukul 730 malam. Memang macam nak berhenti je tepi jalan dan tido. Tapi bila jumpa dia, segar bugar aku. Segar sampai la sekarang. Apa sebenarnya ni? Aku tak leh tido sebab gembira dapat jumpa dia atau memang mata aku tertinggal kat Paris? hehehe...

En. Mata,

Boleh tak tido? Dia kan dah sms cakap dia pun nak jumpa lagi...

Tuesday, January 8, 2013

Selamat pulang

Aku dah di Malaysia. Rindunya. Macam lama dah tak pulang. Padahal baru dua minggu lebih aku merantau ke tanah Inggeris. Rindu segala galanya yang ada kat sini. Keluarga, rumah, kereta, Samad, makanan dan dia.

Apa dia buat agaknya. Sampai saja tadi aku sms dia. Aku cakap aku rindu dan dia tanya rindu kat siapa. Aku kata la aku rindu kat dia. Sms dia macam excited tapi tak tahu la kalau sebenarnya macam mana. Tapi I penting dia cakap nanti kita jumpa. Itu saja dah buat aku berbunga riang. Errr awak, paling saya rindu sebenarnya.. awak! 

Thursday, January 3, 2013

Paris Pula

Lusa aku akan ke Paris dan bermakna esok aku cuma ada 1 hari penuh di London. Aku dah tak tahu nak beli apa lagi. Wallet abah aku belum jumpa. Masa kat rumah hari tu cakap nak wallet Dunhill. Tinggi betul selera. Mesti pengaruh rakan rakan. Hari tu dia nak bagi duit tapi aku cakap tak payah. Tapi kalau dia bagi pun, belum tentu cukup. Sama je. So esok aku ada satu hari je lagi nak carikan abah wallet yang bersesuaian. Tak mahal dan tak murah tapi mesti berkualiti.

Cakap pasal wallet, teringat plak kat Paris. Pasalnya kawan kawan aku cakap kalau beli beg atau wallet lebih baik beli kat Paris, murah. Entah ya entah tidak. Aku sendiri pun dah berangan rangan nak beli satu lagi beg, buat kegunaan aku sendiri. Long champ! Tapi kena tengok budget juga la dan harga dia macam mana kat Paris nanti. Beli satu untuk emak aku yang tercinta

Wednesday, January 2, 2013

London oh London

Hari ni hari ke 5 aku kat london.  Duit semakin surut. Tapi tak banyak barang aku dapat. Hari ni nak carikan abah wallet. Barang nak bagi mak pun aku tak cari lagi. Tak macam sebelum ni, banyak juga aku dapat.

Semalam aku ikut tour. Pegi stonehadge, Windsor Castle dan Oxford. Ok la. Tapi semalam sejuk sangat. Tak tahu nak cakap mcm mana. Tak tahan pun ada. Walaupun macam macam dugaan yang aku tempuh, pikiran aku tetap fikirkan dia yang disana. Di Malaysia.

Buat apa la agaknya? Ingat ke dia kat aku? Ke aku sorang je yang perasan nak rindu rindu dia? Nak call ke tanya? Tak call rasa rindu pulak. Tapi kalau call nak ke dia layan aku? Hari tu pun masa sebelum pegi, ajak dia keluar tapi dia dah ada plan. Sms pun dia tak balas. Dia tak suka kat aku kot. Ntah la. Nak call ke tak? Nak call ke tak?