Bila kita berhenti bercakap, kita akan mula berfikir. Dari situ jadinya cita cita, angan angan, impian, pertanyaan atau ketentuan. Blog ini, adalah kesemua cita cita, angan angan, impian, pertanyaan atau ketentuan yang lahir dari suara hatiku.
Monday, May 28, 2012
Promise
Sunday, May 27, 2012
Bukan 10K
Bila dah jumpa Linda, macam macam la story berupdate. Paling latest kisah 'abang angkat' dia yang sorang tu tengah kaya dan mencari jalan bagaimana dia boleh mencantikkan muka dia yang ala kadar je tu. Macam macam. peringkat umur yang macam tu patut dah fikir nak buat haji ke, umrah ke, atau fikir cara untuk menyara hidup bila dah pencen. Lantak la. Jangan sibuk hal orang. Biar la dia nak melingkup ke apa ke, dia punya hal.
Dari satu topik, ke topik yang lain. Dan topik paling best adalah, loan. Dia cakap dia baru lepas buat loan lulus dan dapat duit dalam masa 3 hari. Buat aku teruja la pulak. Ya, aku rasa aku pun nak buat loan. Aku hitung hitung bukan10K yang aku perlukan tapi dalam 50k juga la aku kena ada. Aku nak beli moto dan alatan sukan yang aku idamkan tu. Lulus ke tak itu yang buat aku jadi malas nak apply. Tapi si Ady la pulak beria ria ajak aku apply loan tu. Nak apply ke tak nak eak? Buntunya.... hahahaha...
Saturday, May 26, 2012
10K
Lepas bangun tido, aku tak kemana mana duduk je atas katil. Layan FB, baca email tengok movie starwars, semuanya aku buat dalam satu masa. Multi tasking! Sampai budak sebelah bilik aku pindah keluar pun aku tak sedar. Pindah kat mana pun aku tak tanya. Kalau tanya banyak banyak nanti kata aku menyibuk pulak. Aku senang je. Kalau kata nak blah, aku okkan je. Kalau orang tak suka kat aku pun, aku ok kan je... hahaha.. ok tak? Bukan apa, aku tak suka menahan atau memaksa. Kalau paksa, nanti dah jadi tak ikhlas. Macam tu jugak lah kalau pasangan aku kata nak blah. Aku let go je. Kenapa nak tahan? Kenapa nak paksa? Aku nak semuanya ikhlas. Ikhlas yang bukan lahir hanya dibibir, tapi ikhlas dari hati...
Lepas Aman balik, aku ajak dia temankan aku. Dia tanya nak pegi mana, aku cakap rahsia. tapi dia ikut juga. Aku bawak dia pegi UFL. Aku nak cari benda yang aku idamkan. Saja nak tengok senarai harga. Sejak kebelakangan ni, hati aku kuat nak beli. Bukan MOTO eak. Moto tu tunda sebab tak jadi pindah.
Aman agak blur bila sampai sebab dia tengok keliling dia semuanya gudang dan kilang kilang. Sebenarnya aku pun sama gak sebab ini kali pertama aku sampai tapi aku buat cool je. Bila kat dalam, Aman lagi blur! Dia cakap, why suddenly you into this? Aku bagitau dia, Aku tak tahu. Yang aku tahu, benda nie dulu buat aku rileks sangat. Jadi aku nak main balik. Tapi masalah besarnya, bila dapat senarai harga. Mana aku nak cekau 10K. Banyak tu. Usaha tangga kejayaan. Kalau kawan aku boleh beli barang kesukaan diorang dengan harga beribu ribu, kenapa aku tak? Jadi aku akan terus berusaha untuk mendapatkan benda idaman aku nie!
Nak tahu benda apa... tengok la video ni. IKHLAS dari youtube!
Thursday, May 17, 2012
Boss Boss
Hahahaha... Tapi dalam dalam aku fikir balik, aku kesian plak kat boss aku. Ye la salah aku juga la tak ingatkan dia pagi nie. Aku ingatkan dia dah tahu sebab semalam sebelum balik, dia sendiri yang tanya aku meeting esok kat mana. Aku dah inform tu malam tadi, dimana, pukul berapa, meeting apa. Mungkin sebab banyak sangat benda yang dia fikir kot sampai tak ingat apa yang aku dah bagitau dia. Mungkin aku pun satu hari macam tu juga kot. hahaha
Boss Boss... Chomel je perangai... Nanti i ingatkan u ok setiap hari meeting kat mana.
Wednesday, May 16, 2012
Probation
Tuesday, May 15, 2012
If i could turn back time
If i could turn back time. Itu yang ada dalam kepala otak aku sedang berdenyut denyut sekarang. Orang kata kalau nak berjaya, semua nie kena tempuh. Masalahnya, aku rasa macam tak mampu je. Rasa macam nak campak je semua. Banyak sangat benda yang aku nak kena fikir. Aku rasa macam orang yang baru nak merangkak tapi dah disuruh berlari. Bila la semua benda nie nak habis.Aku nak ambil cuti bila semuanya selesai. Cuti panjang dan nak habiskan masa aku kat sana. Sana mana?.... pantai yang berpasir putih dan berair jernih...
Friday, May 11, 2012
Dublin belakang rumah!
Aku kat MAA pagi nie dan datang seorang tanpa Boss. Dia ada divisional head meeting kat base. Bosan juga dia takde.
Jumaat. Mana aku nak solat nie. Lepas solat ada meeting dekat base. Kalau aku solat kat sini, sorang sorang. Hurm...
Malam tadi aku borak dengan JR. Dia online je terus aku buzz dan ajak dia gi Dublin. Saje je nak tengok apa reply dia. Hahaha dan seperti biasa dia akan marah marah. Aku memang suka buat dia marah. Dia marah. Aku gelak. Haha. Katanya dulu tak nak bercinta jarak jauh, tapi kantoi plak tulis kat blog dia... DUBLIN!.. Belakang rumah je ke Dublin tu? Hahaha....
Aku share dengan JR pasal blog aku yang lama lama. aku bagi dia baca sikit la. Blog 4 tahun dulu. Zaman Jiwang. Hahahaha. Bila aku baca balik pun aku sendiri pun gelak. Mereng kot. Anyway, aku rasa aku nak tulis apa perubahan yang telah berlaku selama aku berhenti menulis. 4 tahun punya cerita. hehehe. But not now, sebab tengah meeting. Esok lusa aku tulis balik...

