Saturday, April 13, 2013

Edel

18 haribulan, genaplah 2 bulan usia perkenalan kami. Macam macam dah aku rasa. Pahit, manis, masam, manis, semuanya. Malam ni kami menangis lagi. Menangis atas kesilapan masing masing. Pada dia, aku salah. Pada aku, dia salah. Ntah la.

"Edel! Aku sayang kat kau. Kau tahu tak? Aku tak marah Del kalau kau nak jumpa dia. Nak jumpa anak korang. Aku tak marah Del. Sebab aku tahu hubungan korang panjang sebelum ni. 5 tahun kan? Aku tak de pengalaman sepanjang itu. Aku tak marah juga Del kalau dia telepon kau. Depan atau belakang aku. Aku tak marah Del. sebab aku tahu hubungan korang panjang sebelum ini. Si Endon yang selalu kau sebut sebut tu, tak pernah nak call aku pun Del. Untung kau Del, sebab dia masih tercari cari dan mengharap agar kau kembali. Aku Del? Aku macam mana Edel?"

"Ya Del, sumpah! Aku tak marah pun.... Cuma, hati aku remuk Del. remuk bila kau mula bicara tentang kenangan kau dan dia. Cerita tentang pengalaman 5 tahun kau tu Del. Cerita macam mana kau masak untuk dia. Cerita macam mana dia sara kau dari zaman sekolah. Cerita tentang makan Maggie bila korang tak de duit sebab nak beli susu anak. Hati aku terus remuk bila kau cakap kau menangis tengok dia kurus. Hidup dia tak terurus. Kau mengaku kau rindu dia Del. kau mengaku takde orang boleh ganti dia."

"Edel. Aku tahu dan aku rasa aku faham dengan kata kata kau. Kau masih cintakan dia seperti dia yang masih cintakan kau Del. Tapi, aku macam mana? Hati aku macam mana? Apakah benar ada aku dalam hati kau? Aku dan dia tak sama Del. Aku tak pernah rasa masakan kau. Tak macam dia. 5 tahun. Tapi tak pe lah. Aku tak pernah rasa bila balik kerja, makanan dah tersedia untuk aku Del. Aku cemburu Del. Macam mana la agaknya kau layan dia Del."

"Maafkan aku sebab tulis macam ni. Aku tak tahu nak luah kat siapa dan macam mana. Aku tak nak kau salah tafsiran. Edel, aku tersangat sayang kat kau. Aku dah cuba sebaik mungkin nak jadi seperti yang kau mahu Del tapi aku masih tetap tak berjaya. Jadi sekarang aku merayu. Pimpinlah tangan aku. Ajari aku. Untuk terus mencintaimu."

No comments: