Pagi.
Aku kat MAA pagi nie dan datang seorang tanpa Boss. Dia ada divisional head meeting kat base. Bosan juga dia takde.
Jumaat. Mana aku nak solat nie. Lepas solat ada meeting dekat base. Kalau aku solat kat sini, sorang sorang. Hurm...
Malam tadi aku borak dengan JR. Dia online je terus aku buzz dan ajak dia gi Dublin. Saje je nak tengok apa reply dia. Hahaha dan seperti biasa dia akan marah marah. Aku memang suka buat dia marah. Dia marah. Aku gelak. Haha. Katanya dulu tak nak bercinta jarak jauh, tapi kantoi plak tulis kat blog dia... DUBLIN!.. Belakang rumah je ke Dublin tu? Hahaha....
Aku share dengan JR pasal blog aku yang lama lama. aku bagi dia baca sikit la. Blog 4 tahun dulu. Zaman Jiwang. Hahahaha. Bila aku baca balik pun aku sendiri pun gelak. Mereng kot. Anyway, aku rasa aku nak tulis apa perubahan yang telah berlaku selama aku berhenti menulis. 4 tahun punya cerita. hehehe. But not now, sebab tengah meeting. Esok lusa aku tulis balik...
No comments:
Post a Comment