Monday, December 24, 2012

Bukan kota London.

Hari ini isnin. Bermakna, lagi 2 hari aku akan berangkat ke kota London. Dah 6 bulan aku tunggu, dan hari yang aku tunggukan itu akan tiba tak lama lagi. Selalunya perasaan yang meluap luap dengan rasa ketidaksabaran yang optimum itu pasti akan ada pada setiap orang yang berkesempatan untuk terbang jauh, termasuk aku. Tapi hari ini, aku tak ada rasa apa apa. Tak ada rasa teruja menanti saat keberangkatan. Bila difikirkan kenapa, mungkin sebab aku dah sering terbang. Tapi kali ini, aku bukan terbang disebabkan kerja. Aku bercuti. Sepatut patutnya, aku harus rasa teruja. Seingat aku sepanjang minggu lepas, kawan kawan aku sudah mula berkata kata aku mabuk. Mabuk London! Tapi kenapa hari ini aku rasa lain. Perasaan mabuk itu tak wujud.

Aku tak rasa kota London yang sedang memenuhi kotak pikiran aku sekarang.
Mmm... apa yang dia buat sekarang? Dia dimana? Mmmmm dan kenapa dia sahaja yang aku fikirkan?... sejak hari itu. Hari pertama kali kami bertemu, perasaan aku tak menentu. Aku ingatkan dia sama sahaja dengan yang lain. Orang yang pernah mengisi kekosongan hati ini. Yang pernah buat aku jatuh. Pernah buat aku hilang arah.  Tapi.... fikiran aku meleset. Dia lain. Sangat lain. Tidak seperti yang aku fikirkan sebelum ini. Dia jujur. dia ikhlas. Dia sopan. Dia lembut dan dia indah bagi aku. Dia buat aku sering terpaku. Apakan ini tanda aku sudah jatuh cinta? Cinta??? Satu satunya perasaan yang telah aku lupakan sejak 4 tahun yang lalu. Perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan. Indah....... Bukan indah, tetapi, terlalu indah.

Aku ketawa. Ketawa pada diri sendiri. Dah lama aku jadi keras hati. Keras untuk tidak mahu menerima semua lamaran. Keras untuk tidak mahu lagi menangis. Keras untuk tidak mahu menjadi bodoh. Tapi kali ini lain. Aku tak keras. Tak keras seperti yang selalu aku lakukan. Kenapa dengan dia ini? Aku seolah olah cair. Seperti air yang mengalir. Kenapa saat ini hati aku begini? Ada apa dengan dia? Dia tidak pernah meluahkan perasaannya. Malah, dia tidak menunjukkan apa apa reaksi. Yang aku tahu, dia cuma sudi menemani aku. Apa harus aku lakukan? Apa harus aku berkongsi perasaan ini dengannya? Berkongsi perasaan?!!! Menyatakan apa yang terkandung dalam hati ini? Tidak!!!! Tidak bukan tidak mahu. Tidak bermakna takut. Takut untuk mengetahui perasaan sebenar. Takut untuk mengetahui yang aku cuma berperasan begini... sendiri...

Tapi kalau aku pendam, aku takkan tahu perasaan dia terhadap aku. Dan, selagi aku tidak tahu, selagi itu aku jadi begini.  Tak keruan. Atau apa baiknya jika aku berdiam? Dan simpan perasan ini dalam dalam.... dan kalau aku nyatakan perasaan aku itu bagaimana. Apa dia akan terima? Errr... awak, saya sebenarnya suka kat awak. Eh bukan. Bukan suka. Tapi sayang. Eh.. cinta la.. sudikan awak, ermm menjalani hari hari awak bersama saya?

Ish. Tak berani pula rasanya. Mesti kena gelak nanti. Tapi aku kena tahu. Kena tahu sebelum aku pergi. Siapa aku sebenarnya pada dia.

No comments: